Khamis, 12 November 2009

Terima kasih di atas ucapan takziah...

Pada 11 Nov 09 bersamaan hari Rabu, ibu Cg Azizi (Penulis Blog) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.50 pagi kerana sakit jantung di HUSM Kubang kerian.Urusan pengebumian jenazah telah disempurnakan kira-kira jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Kg. Dusun Teratak, Melor.Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang telah sama-sama terlibat dalam mengurukan jenazah. Apa yang tidak lupa penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan takziah dari rakan-rakan. Ada yang datang sendiri dan ada yang mengirimnya melalui sms. Antara yang sempat datang melawat adalah PK1 Pn. Samsiah Che Kerma, PK HEM Ust Mat Harun Ab. Rahman, PK ting 6 En. Ahmad Roby dan rakan-rakan seperjuangan. Ucapan takziah juga diterima daripada Pengetua Pn. Hajah Rohani Yusof dan Pn. Hajah Zainab (GK Mate & Sains) yang sedang berada di luar Kelantan. Terima Kasih dan semoga roh ibu saya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin...

Pelajar-pelajar Enam Rendah Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun

Bermula pada 3 November 2009 sehingga 12 November 2009 pelajar-pelajar tingkatan Enam Rendah SMKK menghadapi peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan pada hari pertama adalah kertas Kesusasteraan Melayu 2 dan akan berakhir dengan kertas Sejarah 2. Walau bagaimanapun peperiksaan kertas Pengajian Am 1 & 2 terpaksa dijalankan pada hari Ahad 15 November menggantikan jadual peperiksaan tersebut yang sepatutnya dijalankan pada hari Ahad 8 November 2009 kerana cuti peristiwa. Cuti tersebut telah diberikan ekoran kejayaan pasukan bola sepak Kelantan menyertai perlawanan akhir Piala Malaysia

Musim Banjir Datang Lagi...

Seperti kebiasaannya bulan November adalah merupakan musim tengkujuh di pantai timur. Selalunya musim ini dikaitkan dengan kejadian banjir. SMK. Ketereh juga tidak terkecuali menghadapi suasana tersebut. Pada 6 November 2009 (Jumaat) sekali lagi SMK. Ketereh di genangi air. Bencana ini turut akan memusnahkan segala peralatan sekolah jika langkah awal tidak diambil. Oleh itu SMK. Ketereh telah mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan dari kemusnahan harta benda sekolah.
Kejadian banjir di SMK Ketereh berlaku ekoran
hujan lebat yang berterusan hampir lima jam. Sistem perparitan dikatakan menjadi masalah utama. Alhamdulullah, pihak Jabatan Pelajaran Kelantan, PPD Kota Bharu dan dengan kerjasama ADUN Kok Lanas telah berusaha untuk memulihkan keadaan apabila proses membina perparitan yang lebih baik telahpun diluluskan. Kami warga SMKK ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pelajaran Kelantan, PPD Kota Bharu dan khusus kepada ADUN Kok Lanas, Datuk Hj. Mohd Alwi Che Ahmad
by
zizie

Latar Belakang

SMK. Ketereh terletak kira-kira 20km dari pusat bandar Kota Bharu. Nama SMK. Ketereh diambil sempena nama buah gajus atau nama saintifiknya 'anacadium occidantale'. Dalam bahasa daerahnya buah ini dikenali sebagai 'buah ketereh'

Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh mempunyai premis dan suasana pesekitaran yang ceria dan kondusif sebagai tempat menjana pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar. Prasarana yang lengkap dan selesa serta selamat merupakan medium dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan proses dan amalan pendidikan.
Sekolah ini memiliki sumber tenaga akademik dan staf sokongan yang mempunyai semangat bekerja yang tinggi tanpa mengira batas waktu telah memberi ruang kepada sekolah ini terus meningkat maju dari setahun ke setahun.


Tahap disiplin yang baik dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya membantu sekolah melaksanakan pelbagai program akademik dan bina insan yang berterusan Pihak sekolah mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, separa kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah memantapkan lagi program-program yang dilaksanakan di sekolah ini melalui sumbangan kewangan, sumber, kepakaran mahupun idea.


byzizie

Sekapur Sireh Pengetua Sempena Pencalonan Anugerah Sekolah Cemerlang '09

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Kelantan atas pencalonan SMK Ketereh untuk sama-sama bersaing merebut “Anugerah Sekolah cemerlang” tahun 2009 bagi kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
Seluruh warga sekolah seharusnya melihat bahawa pencalonan ini adalah sebagai satu penghargaan buat sekolah dan merupakan satu medium untuk semua warga sekolah bergerak
aktif dalam satu kerja sepasukan yang akan bertanggungjawab menaikkan taraf semua aspek pengurusan sekolah.
Justeru, untuk mencapai hasrat tersebut, sekolah seharusnya mempunyai satu pasukan guru yang proaktif, berfikiran positif, mempunyai anjakan paradigma, progresif, berdaya saing dan berinovatif. Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid adalah merupakan fokus Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh ke arah mengungguli Anugerah sekolah cemerlang. Setiap elemen ini perlu disuburkan dan dibangunkan agar d
apat memberikan impak kepada SMK Ketereh sebagai sebuah sekolah yang dapat mencatatkan kecemerlangan dan kegemilangan selaras dengan visi sekolah, SMK Ketereh Terbilang 2010.

Kesemua elemen yang terdapat dalam profil sekolah telahpun kita zahirkan dalam bentuk dokumentasi dan kerja buat harian. Hasil yang kita capai dalam akademik, kemenjadian murid dan kokurikulum membanggakan pihak sekolah.
Tuntasnya, semua warga sekolah akan terus bekerjasama dalam satu pasukan kerja yang mantap dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan sama ada akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid yang merupakan paksi kepada kecemerlangan sekolah dan akhirnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang terdapat dalam teras. kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Pengetua SMKK
Hajah Rohani Yusof